See You Di IPT

Wunan telah menerangkan kepada Dewa Parang dan Sang Asura yang tujuan asal beliau mengadakan Pertarungan Infiniti ini adalah demi mencapai matlamatnya yakni ingin mengatasi keupayaan dewa,jelas beliau lagi dengan kekuatan yang mengatasi dewa itu,seseorang jaguh itu mampu menghancurkan segala-galanya dengan satu renungan sahaja. Dengan adanya kuasa yang mengatasi keupayaan dewa itu,maka Wunan boleh mengawal 'masa' pada bila-bila masa sahaja. Wunan memerlukan kuasa mental yang lebih tinggi di mana kuasa-kuasa ini hanya dapat dimiliki selepas bertapa berjuta-juta tahun lamanya. Pada masa itu nanti keupayaan Wunan dijangka mencapai tahap 100 juta hp!

"Itu lah sebabnya aku menganjurkan pertarungan ini. Setelah memiliki 'roh-roh tulen' kamu (musuh-musuh beliau termasuk Pendekar Laut) ,barulah aku mampu mencapai tahap mengatasi keupayaan dewa dalam masa yang lebih singkat" katanya.

"Andai Wunan sudah berjaya,maka dia bakal menjadi jaguh terhandal di alam ini di mana dia dapat pergi mana-mana tempat dalam masa yang singkat,malah dia mampu kembali ke dunia silam dengan cara yang mudah. Dengan ini,barulah dia dapat  menikmati kehidupan yang diinginkannya.Inilah matlamat sebenar Wunan" mencelah si Sang Asura membantu memahamkan Dewa Parang yang bebal.

bagi yang berminat mendalami watak Wunan ini sila tengok ini tekan la lahanat.

No comments: